Isnin, 19 Februari 2018





KESAN JIKA KELUARGA TIDAK GEMBIRA

Keluarga merupakan institusi asasi masyarakat yang menjadi agen sosialisasi anak - anak dalam pembangunan mereka untuk menjadi generasi masa depan negara . Keluarga yang rukun dan sejahtera akan dapat membentuk anak - anak yang bersahsiah tinggi dan berhemah tinggi . Anak - anak sebeginilah merupakan generasi pelapis yang akan mewarnai lembaran sejarah dan menerajui kepimpinan negara .Walaubagaimanapun , saban hari kita sering terdengar isu tentang kesan - kesan keluarga yang berpecah - belah tapi hari ini saya ingin tulis blog tentang kesan - kesan jika keluarga tidak gembira .

1 . Kegagalan ahli keluarga dalam kefahaman serta saling menghormati sesama sendiri . 

Contohnya , jika hubungan kekeluargaan semakin renggang , ahli keluarga akan menghadapi masalah untuk berkomunikasi dan saling bertukar fikiran . Hal ini demikian kerana hubungan yang renggang ini telah memusnahkan jalinan kekeluargaan yang akrab dan erat . Oleh itu , ahli keluarga tidak dapat memahami antara satu sama lain dan boleh menyebabkan konflik dan perselisihan faham mudah berlaku . Kejadian ini akan mengakibatkan pergaduhan dan akan menyebabkan ahli keluarga sesama sendiri bermusuhan . 

2 . Suasana dalam rumah tangga . 

Hal ini kerana apabila suasana di dalam rumah tangga terlalu ketat maka di dalam kalangan ahli keluarga pasti ada yang stress . Jika terlalu longgar pula , keluarga  masing masing akan  membuat hal sendiri maka mudah menwujudkan keluarga yang tidak gembira . 

3 . Sikap ibu bapa yang individualistik dan materialistik juga merupakan kesan utama dalam isu ini .  


Hal ini kerana pada zaman kini golongan ibu bapa beranggapan bahawa wang ringgit dan kerjaya lebih penting daripada keluarga sendiri . Mereka juga beranggapan bahawa  kemewahan dan kerjaya boleh dijadikan sebagai kayu ukur dalam menilai status sosial mahupun kemampuan individu dalam masyarakat . Namun golongan ibu bapa yang lebih mementingkan kerjaya semata - mata untuk kepuasan dan keselesaan diri sendiri telah mengabaikan anak - anak mereka dan menggantikan kasih sayang dengan sogokan wang ringgit . Hal ini akan menyebabkan anak - anak akan bertindak mencari rakan sebaya untuk meluahkan isi hati yang berupaya membantu mereka . 

4 . Kemajuan masyarakat 

Ibu bapa dan anak - anak yang sibuk dengan hiburan sendiri .Walaupun mereka berada di rumah tetapi mereka lebih suka bermain telefon bimbit daripada bergaul satu sama lain . Hal ini akan menyebabkan ibu bapa dan anak - anak tidak dapat berkomunikasi dan saling menukar pendapat . Ini akan menyebabkan hubungan keluarga akan semakin renggang .

5 . Tinggal secara berasingan dengan ibu bapa .

Hal ini demikian kerana anak - anak sekarang yang lebih suka tinggal di luar untuk membina kehidupan sendiri . Kebanyakan anak-anak yang sudah bekerja atau telah berumah tangga menetap di kawasan yang jauh daripada ibu bapa mereka . Oleh itu , anak - anak tidak mempunyai peluang untuk berjumpa dengan ibu bapa dan akhirnya menyebabkan mereka terus leka dengan kehidupan yang sibuk dengan pekerjaan sehingga lupa akan jasa ibu bapa mereka . Ikatan kekeluargaan yang terjalin juga akan semakin longgar kerana kurang berkomunikasi dengan ibu bapa . 

Kesimpulannya , semua pihak haruslah memberi kerjasama dan bersatu padu mewujudkan keluarga yang gembira . Kejayaan seseorang individu bermula daripada institusi keluarga yang sempurna . Jadikanlah “ Rumahku Syurgaku ” kerana rumah sepatutnya dijadikan sebagai satu tempat yang gembira dan bukannya sebagai satu tempat yang menimbulkan suasana yang tegang .











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KEPENTINGAN KELUARGA YANG GEMBIRA Institusi keluarga bolehlah dikategorikan sebagai satu unit manusia yang meliputi a...