Khamis, 8 Februari 2018



CARA - CARA UNTUK KELUARGA GEMBIRA DAN SIHAT

Keluarga merupakan aset utama kepada pembentukan sebuah masyarakat yang harmonis . Setelah mendepani gelombang globalisasi yang penuh dengan masalah dan cabaran keluarga , hubungan institusi kekeluargaan semakin renggang . Keluarga yang bahagia dan gembira ialah keluarga yang harmoni , aman dan damai , saling membantu dan kerjasama . Terdapat beberapa cara untuk keluarga yang gembira dan sihat . 

1 . Bersenam bersama - sama dengan keluarga . 

Hal ini kerana aktiviti fizikal bukan sahaja dapat membantu menguruskan berat badan , tetapi boleh juga mengeratkan ikatan kekeluargaan . Ini juga dapat menyihatkan fizikal dan mental kita .


2 . Makan malam bersama keluarga .

Cara ini merupakan peluang untuk menanam tabiat makanan yang betul kepada anak - anak pada awal usia ini  dan masa makan malam itu juga  ibu bapa dapat berkomunikasi dengan anak - anak .

3 . Berkasih sayang dengan keluarga . 

Dengan cara , sentiasa menunjukkan contoh dengan melayani pasangan dan anak - anak  dengan baik .

4 . Hormati pandangan dan pendapat setiap ahli keluarga . 

Ibu bapa juga harus sentiasa mendengar pendapat anak - anak dengan teliti agar anak - anak tidak berasa keberatan untuk menyuarakan pendapat mereka .

5 . Menetapkan satu hari sebagai hari keluarga . 

Dengan cara ini , ibu bapa dapat meluangkan masa dengan anak - anak untuk  berkomunikasi antara satu sama lain dan dapat berkongsi cerita bersama tanpa mengira sama ada gembira atau sedih .


Kesimpulannya keluarga yang gembira menjadi teras kepada masyarakat yang dinamik .  Sikap penyayang ibu bapa dan tingkah laku yang positif dalam kalangan anak-anak menjadi wadah utama untuk membina keluarga yang sentiasa gembira .  Oleh itu ,  sebagai anak juga haruslah menjalankan peranan mereka dengan baik . Pada pendapat saya , dalam membentuk sebuah keluarga yang gembira ibu bapa dan anak - anak mesti saling memahami dan bertanggungjawab . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KEPENTINGAN KELUARGA YANG GEMBIRA Institusi keluarga bolehlah dikategorikan sebagai satu unit manusia yang meliputi a...