Sabtu, 24 Februari 2018





KEPENTINGAN KELUARGA YANG GEMBIRA








Institusi keluarga bolehlah dikategorikan sebagai satu unit manusia yang meliputi ayah , ibu dan beberapa orang anak .  Ada juga keluarga yang mempunyai bilangan orang tua yang lebih banyak seperti datuk , nenek ,  pak cik dan mak cik pula . Dengan adanya pembentukan keluarga yang gembira , setiap keluarga juga dapat hidup dalam keadaan yang aman , harmoni dan bahagia tanpa pertelingkahan dan perselisihan faham . Tanggungjawab membentuk sebuah keluarga yang gembira tidak hanya bergantung pada satu pihak sahaja sebaliknya  lebih memerlukan kerjasama dan komitmen kepada pelbagai pihak . Dengan ini , terdapat beberapa kepentingan mempunyai keluarga yang gembira .

1. Dapat mengelakkan suami isteri daripada bertikam lidah . 
 - dengan ini , dalam sesuatu keluarga juga tidak akan berlaku keruntuhan institusi kekeluargaan  


2. Dapat menwujudkan  sikap tolak - ansur serta sikap saling menyayangi antara ahli keluarga . 
- Hal ini dapat mengurangkan tekanan hidup dalam keluarga . Dengan ini , setiap ahli keluarga perlu sedar tentang peranan dan tanggungjawab yang perlu ditanggung dalam melahirkan sebuah keluarga yang gembira . 

3. Ibu bapa juga dapat melahirkan anak-anak yang berjaya dalam hidup
- Hal ini kerana ibu bapa yang sentiasa menyokong anak - anak mereka walau apa pun berlaku .


4.  Keluarga gembira , negara lebih harmoni 
- Hal ini kerana keluarga harmoni dan aman manakala jenayah juga semakin berkurangan 


5. Negara lebih maju 
– Dengan ini , malaysia juga akan menjadi sebuah negara yang maju dan setiap keluarga juga akan menjadi harmoni dan gembira . 
- Ini juga akan menyebabkan banyak pelaburan asing yang masuk ke dalam negara kita . 



Kesimpulannya , sebuah keluarga itu adalah asas kepada sebuah masyarakat.  Jika sesebuah keluarga itu mengamalkan kasih sayang di antara ahlinya , sudah tentu ia akan dapat melahirkan masyarakat penyayang dan baik dalam semua segi . Kewujudan keluarga bahagia dan penyayang hanya akan lahir daripada sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia . Ibu bapa dan ahli keluarga perlu memainkan peranan positif ke arah mewujudkan keluarga penyayang bagi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat .


Isnin, 19 Februari 2018





KESAN JIKA KELUARGA TIDAK GEMBIRA

Keluarga merupakan institusi asasi masyarakat yang menjadi agen sosialisasi anak - anak dalam pembangunan mereka untuk menjadi generasi masa depan negara . Keluarga yang rukun dan sejahtera akan dapat membentuk anak - anak yang bersahsiah tinggi dan berhemah tinggi . Anak - anak sebeginilah merupakan generasi pelapis yang akan mewarnai lembaran sejarah dan menerajui kepimpinan negara .Walaubagaimanapun , saban hari kita sering terdengar isu tentang kesan - kesan keluarga yang berpecah - belah tapi hari ini saya ingin tulis blog tentang kesan - kesan jika keluarga tidak gembira .

1 . Kegagalan ahli keluarga dalam kefahaman serta saling menghormati sesama sendiri . 

Contohnya , jika hubungan kekeluargaan semakin renggang , ahli keluarga akan menghadapi masalah untuk berkomunikasi dan saling bertukar fikiran . Hal ini demikian kerana hubungan yang renggang ini telah memusnahkan jalinan kekeluargaan yang akrab dan erat . Oleh itu , ahli keluarga tidak dapat memahami antara satu sama lain dan boleh menyebabkan konflik dan perselisihan faham mudah berlaku . Kejadian ini akan mengakibatkan pergaduhan dan akan menyebabkan ahli keluarga sesama sendiri bermusuhan . 

2 . Suasana dalam rumah tangga . 

Hal ini kerana apabila suasana di dalam rumah tangga terlalu ketat maka di dalam kalangan ahli keluarga pasti ada yang stress . Jika terlalu longgar pula , keluarga  masing masing akan  membuat hal sendiri maka mudah menwujudkan keluarga yang tidak gembira . 

3 . Sikap ibu bapa yang individualistik dan materialistik juga merupakan kesan utama dalam isu ini .  


Hal ini kerana pada zaman kini golongan ibu bapa beranggapan bahawa wang ringgit dan kerjaya lebih penting daripada keluarga sendiri . Mereka juga beranggapan bahawa  kemewahan dan kerjaya boleh dijadikan sebagai kayu ukur dalam menilai status sosial mahupun kemampuan individu dalam masyarakat . Namun golongan ibu bapa yang lebih mementingkan kerjaya semata - mata untuk kepuasan dan keselesaan diri sendiri telah mengabaikan anak - anak mereka dan menggantikan kasih sayang dengan sogokan wang ringgit . Hal ini akan menyebabkan anak - anak akan bertindak mencari rakan sebaya untuk meluahkan isi hati yang berupaya membantu mereka . 

4 . Kemajuan masyarakat 

Ibu bapa dan anak - anak yang sibuk dengan hiburan sendiri .Walaupun mereka berada di rumah tetapi mereka lebih suka bermain telefon bimbit daripada bergaul satu sama lain . Hal ini akan menyebabkan ibu bapa dan anak - anak tidak dapat berkomunikasi dan saling menukar pendapat . Ini akan menyebabkan hubungan keluarga akan semakin renggang .

5 . Tinggal secara berasingan dengan ibu bapa .

Hal ini demikian kerana anak - anak sekarang yang lebih suka tinggal di luar untuk membina kehidupan sendiri . Kebanyakan anak-anak yang sudah bekerja atau telah berumah tangga menetap di kawasan yang jauh daripada ibu bapa mereka . Oleh itu , anak - anak tidak mempunyai peluang untuk berjumpa dengan ibu bapa dan akhirnya menyebabkan mereka terus leka dengan kehidupan yang sibuk dengan pekerjaan sehingga lupa akan jasa ibu bapa mereka . Ikatan kekeluargaan yang terjalin juga akan semakin longgar kerana kurang berkomunikasi dengan ibu bapa . 

Kesimpulannya , semua pihak haruslah memberi kerjasama dan bersatu padu mewujudkan keluarga yang gembira . Kejayaan seseorang individu bermula daripada institusi keluarga yang sempurna . Jadikanlah “ Rumahku Syurgaku ” kerana rumah sepatutnya dijadikan sebagai satu tempat yang gembira dan bukannya sebagai satu tempat yang menimbulkan suasana yang tegang .











Khamis, 8 Februari 2018



CARA - CARA UNTUK KELUARGA GEMBIRA DAN SIHAT

Keluarga merupakan aset utama kepada pembentukan sebuah masyarakat yang harmonis . Setelah mendepani gelombang globalisasi yang penuh dengan masalah dan cabaran keluarga , hubungan institusi kekeluargaan semakin renggang . Keluarga yang bahagia dan gembira ialah keluarga yang harmoni , aman dan damai , saling membantu dan kerjasama . Terdapat beberapa cara untuk keluarga yang gembira dan sihat . 

1 . Bersenam bersama - sama dengan keluarga . 

Hal ini kerana aktiviti fizikal bukan sahaja dapat membantu menguruskan berat badan , tetapi boleh juga mengeratkan ikatan kekeluargaan . Ini juga dapat menyihatkan fizikal dan mental kita .


2 . Makan malam bersama keluarga .

Cara ini merupakan peluang untuk menanam tabiat makanan yang betul kepada anak - anak pada awal usia ini  dan masa makan malam itu juga  ibu bapa dapat berkomunikasi dengan anak - anak .

3 . Berkasih sayang dengan keluarga . 

Dengan cara , sentiasa menunjukkan contoh dengan melayani pasangan dan anak - anak  dengan baik .

4 . Hormati pandangan dan pendapat setiap ahli keluarga . 

Ibu bapa juga harus sentiasa mendengar pendapat anak - anak dengan teliti agar anak - anak tidak berasa keberatan untuk menyuarakan pendapat mereka .

5 . Menetapkan satu hari sebagai hari keluarga . 

Dengan cara ini , ibu bapa dapat meluangkan masa dengan anak - anak untuk  berkomunikasi antara satu sama lain dan dapat berkongsi cerita bersama tanpa mengira sama ada gembira atau sedih .


Kesimpulannya keluarga yang gembira menjadi teras kepada masyarakat yang dinamik .  Sikap penyayang ibu bapa dan tingkah laku yang positif dalam kalangan anak-anak menjadi wadah utama untuk membina keluarga yang sentiasa gembira .  Oleh itu ,  sebagai anak juga haruslah menjalankan peranan mereka dengan baik . Pada pendapat saya , dalam membentuk sebuah keluarga yang gembira ibu bapa dan anak - anak mesti saling memahami dan bertanggungjawab . 

KEPENTINGAN KELUARGA YANG GEMBIRA Institusi keluarga bolehlah dikategorikan sebagai satu unit manusia yang meliputi a...